Dunia Seni Visual Diimplikasikan Dalam Pendidikan
Dokumen Standard Dunia Seni Visual
memberi peluang kepada murid memupuk
daya imaginasi melalui seni visual berasaskan
budaya setempat dan persekitaran. Dokumen ini digubal untuk mewujudkan
pembelajaran yang dapat mencetuskan kreativiti dan keseronokan melalui aktiviti
dalam bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan
dan mengenal kraf tradisional bersesuaian dengan kecenderungan mereka selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dunia Seni Visual bermatlamat untuk melahirkan insan yang harmonis,
kritis, dan kreatif menerusi
pemupukan bahasa seni visual.Kandungan Dokumen Standard berupaya membantu perkembangan emosi murid,
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa, serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Dokumen standard ini juga
dapat membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik seni dan budaya
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.