Wednesday 24 October 2012



Dunia Seni Visual Diimplikasikan Dalam Pendidikan


Dokumen Standard Dunia Seni Visual  memberi peluang kepada murid memupuk daya imaginasi melalui seni visual  berasaskan budaya setempat dan persekitaran. Dokumen ini digubal untuk mewujudkan pembelajaran yang dapat mencetuskan kreativiti dan keseronokan melalui aktiviti dalam bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional bersesuaian dengan kecenderungan mereka selaras dengan  Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dunia Seni Visual bermatlamat  untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis,  dan kreatif menerusi pemupukan  bahasa seni visual.Kandungan  Dokumen Standard berupaya membantu  perkembangan emosi  murid,  meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa, serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Dokumen standard ini juga dapat membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik seni dan budaya selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Tuesday 23 October 2012




Kali ini saya membawa kepada pembaca blog ini tulisan Eisner seorang tokoh pendidikan seni visual yang menulis tentang perubahan dunia melalui pendidikan seni visual. Menurut beliau perkembangan terkini di abad ke-21 dan perkembangan ICT menyemarakkan perkembangan seni visual semakin rancak dan boleh mengubah perkembangan dunia. 
Beliau juga menyentuh persoalan emosi, sensitiviti dan kreatif sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran ini dapat dibentuk dalam pendidikan seni visual. Inilah dunia seni visual, seperti dalam blog ini mesej saya dengan motto Tamadun Dunia bermula dari Seni Visual. sila baca artikal ini. Kalau boleh pembaca memberi komen dan pandangan
.