Thursday 8 November 2012

Folio PSV murid-murid








D) Mengenalkan kraf tradisional

 
Anyaman



Anyaman bakul
C) Membuat bentuk dan membina
                                           











  Penanda buku












B) Membentuk corak dan mereka


   
Lipatan dan Guntigan



Corak Geometri Terancang



           Renjisan dan Percikan



Tiupan



Montaj

HASIL KERJA MURID-MURID TAHUN 5 SJKC SIN KANG 2012

A) Mengambar



Monday 5 November 2012


SENI ANYAMAN

Pengenalan

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan.

Definisi Anyaman


Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.


Sejarah dan Perkembangan


Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.





CORAK ANYAMAN
Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau ghadas. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara selang-seli hingga meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam bentuk, ukuran dan susunan yang berlainan. Terdapat 11 corak yang dianyam iaitu:
  
1. Corak Tapak Catur – seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna. Hasil cantuman warna cerah dan gelap

2. Corak Mata Bilis – menggunakan warna teang dan gelap. Warna gelap dianyam satu mata sahaja dengan warna cerah. Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan beras patah.

3. Corak Beras Patah – menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam tiga mata diselangi dengan satu mata gelap. Hasil cantuman ini member gambaran seakan-akan beras patah.

4. Corak Palembang – berasal dari Palembang. Petak empat segi atau biji kundang dianyam dengan warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan putih.

5. Corak Bugis – berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan hijau dan putih. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan serong.

6. Corak Muar – berasal dari Muar dan bermotif empat segi. Anyaman dua warna merah dan biru serta dikelilingi dengan jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antara petak-petak digunakan adalah campuran merah dan biru.

7. Corak Selang-seli – penggunaan warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian dianyam mata sama banyak dan selari.

8. Corak Berdiri – kurang mendapat sambutan dari pengusaha. Penggunaan dua warna tetapi untuk mendapatkan corak yang betul-betul lurus amat sukar.

9. Corak Serong – corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh ini serta amat digemari oleh para penganyam.

10. Corak Ketapang Gilir Kacang – seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat. Dianyam dengan dua warna iaitu cerah dan gelap.

11. Corak Malaysia – corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau dan biru 
 

Thursday 1 November 2012

BIDANG-BIDANG DALAM SENI VISUAL



Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada empat bidang:

1. Melukis dan membuat           gambar.





       

  
2.Membuat rekaan corak.






3.
Membentuk dan membuat binaan.





4.Kraf tradisional.

PENGENALAN SENI VISUAL


Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.  Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi           dan konsepsi murid.
 
Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.  Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendh merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan mencorak, membentuk dan membuat binaan, dan kraf tradisional.  Murid dilatih untuk melihat subjek ini daripada perspektif yang lebih luas, sama ada dari aspek estetik mahupun gunaan.  Melalui kefahaman aspek di atas, pelajar akan dapat membuat pemahaman mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan bangsa.   

Wednesday 24 October 2012



Dunia Seni Visual Diimplikasikan Dalam Pendidikan


Dokumen Standard Dunia Seni Visual  memberi peluang kepada murid memupuk daya imaginasi melalui seni visual  berasaskan budaya setempat dan persekitaran. Dokumen ini digubal untuk mewujudkan pembelajaran yang dapat mencetuskan kreativiti dan keseronokan melalui aktiviti dalam bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional bersesuaian dengan kecenderungan mereka selaras dengan  Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dunia Seni Visual bermatlamat  untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis,  dan kreatif menerusi pemupukan  bahasa seni visual.Kandungan  Dokumen Standard berupaya membantu  perkembangan emosi  murid,  meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa, serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Dokumen standard ini juga dapat membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik seni dan budaya selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Tuesday 23 October 2012




Kali ini saya membawa kepada pembaca blog ini tulisan Eisner seorang tokoh pendidikan seni visual yang menulis tentang perubahan dunia melalui pendidikan seni visual. Menurut beliau perkembangan terkini di abad ke-21 dan perkembangan ICT menyemarakkan perkembangan seni visual semakin rancak dan boleh mengubah perkembangan dunia. 
Beliau juga menyentuh persoalan emosi, sensitiviti dan kreatif sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran ini dapat dibentuk dalam pendidikan seni visual. Inilah dunia seni visual, seperti dalam blog ini mesej saya dengan motto Tamadun Dunia bermula dari Seni Visual. sila baca artikal ini. Kalau boleh pembaca memberi komen dan pandangan
.